I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 7, 2011

soal jawab mengenai khasiat prodak kesihatan jus monavie

Kolesterol dan Monavie

Adakah Monavie membantu menurunkan kolesterol yang tinggi?

Ya, ia membantu!
Raja kepada 'super'buah, Acai mengandungi beberapa komposisi Omega-6 dan Omega-9 Essential Fatty Acids (EFAs) seperti yang ada di dalam minyak zaitun . EFA ini membantu mengurangkan LDL (Kolesterol yang tidak sihat) dan pada masa yang sama, memastikan yang HDL (Kolesterol yang bagus) diletakkan dalam keadaan yang baik.

Juga, Monavie dan kolesterol adalah di dalam peperangan yang berterusan disebabkan fitosterol dan fiber diet yang terdapat dalam acai. Kedua-dua elemen ini bertanggungjawab untuk kesihatan dan kelancaran sistem pencernaan dan kardiovaskular. Ia juga dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol yang tidak sihat dalam darah.

Kajian

”Radikal bebas adalah molekul yang tinggi kadar reaksinya dan berkait rapat dengan proses degeneratif penuaan. Radikal bebas juga mencuri elektron dari sel yang sihat yang akan merosakkan sel-sel. Ia adalah kesan dari proses metabolisma yang terjadi di dalam tubuh badan dan juga kesan dari pendedahan kepada pencemaran alam sekitar seperti asap rokok, asap tercemar, bahan kimia yang berbahaya, toksin dan cahaya matahari. Antioksida yang terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran membantu kita melawan dari terkena kesan pendedahan kepada radikal bebas”.

Satu kajian yang dijalankan oleh Makmal Bebas di Amerika Syarikat dari Natural and Medicinal Products Research Division of AIBMR Life Science mengkaji samada meminum Monavie Active akan memberi kesan kepada aktiviti antioksida pada tahap serum manusia. Kajian ini bermula dengan ”pilot study” dan diikuti dengan artikel dan semakan berkala.

Kajian utama mengukur 2 aktiviti antioksida:

1- Kajian terhadap Thiobarbituric Acid Reactive Substance (TBARS), kajian yang terbukti untuk mengimbas dan mengesan lipid peroxidation dan;
2- Kajian Reaktif Oxygen Stress in Red Blood Cells (ROSRBC) untuk mengukur keupayaan antioksida untuk menembusi sel hidup dan memeliharanya dari kerosakan.

Kajian secara Klinikal

Kaedah Kajian

Kami mengarahkan satu kajian yang mengandungi 12 peserta, yang telah mengambil Monavie Active dan placebo pada 2 tahap yang berbeza. Kesemua peserta dimaklumkan bahawa yang mereka ambil adalah Monavie Active. Setiap rawatan dipisahkan dengan 7 hari 'pembersihan' di mana peserta tidak mengambil Monavie Active. Placebo itu mengandungi 2 kapsul yang menyerupai Monavie Active. Sampel darah diambil dari para peserta yang mengambil Monavie Active dan placebo, dan pada 1,2 jam selepas pengambilan itu untuk mengukur tahap antioksida.

Para peserta dipilih secara rawak untuk mengambil samada Monavie Active atau placebo. Keputusan dibandingkan secara individu dan kumpulan.

Keputusannya. Kajian TBARS yang mengukur lipid peroxidation menunjukkan banyak aktiviti antioksida pada peserta yang mengambil Monavie daripada peserta yang mengambil placebo. Pengesanan terhadap lipid peroxidation didapati berkurang sebanyak 83.3% pada peserta yang mengambil Monavie. Secara statistiknya, kesan dari ukuran ini menunjukkan kesan positif pada kadar (p=0.004).

Kajian ROSRBC secara sel menunjukkan para peserta yang mengambil Monavie Active mengalami peningkatan aktiviti antioksida selepas 1 dan 2 jam. Secara individu, peserta mengalami peningkatan sebanyak 82% iaitu peningkatan yang kecil atau sederhana dalam sel tubuh mereka. Secara statistik, kesan positif dari keputusan ini menunjukkan kadar (p=0.003)

Kesimpulannya, Monavie Active telah menunjukkan bahawa peningkatan aktiviti antioksida di dalam serum manusia yang akan mengurangkan lipid peroxidataion di dalam salur darah dan terdapat bukti kukuh menunjukkan Monavie Active memberikan antioksida yang dapat menembusi sel-sel dalam tubuh badan manusia.

Kajian ini menunjukkan dengan jelas bahawa meminum 4 auns Monavie Active yang mengandungi Acai Berry dari Brazil, dapat meningkatkan kapasiti antioksida dan mengekang lipid peroxidation yang dapat mengurangkan kadar kolesterol yang dioksidakan. Kolesterol yang dioksdakan telah terbukti menyumbang kepada kerosakan di dalam saluran darah arteri.

Sumber: www.aibmr.com


Diabetis & Monavie

Monavie dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit, akan tetapi adakah Monavie boleh merawat atau sekurang-kurangnya melawan penyakit diabetis? Adakah pesakit diabetis boleh meminum Monavie?

Kita akan selidik fakta berkenaan Monavie dan diabetis, yang mana diharap boleh memberi jawapan samada Monavie sememangnya berkesan merawat diabetis atau tidak. Pertamanya, mari kita lihat persamaan antara Monavie dan diabetis. Yang jelas, hubungan antara keduanya adalah Monavie mengandungi intipati yang sememangnya memusuhi dan membenci diabetis.

Monavie dan diabetis

Fakta #1: Acerola Cherri, salah satu buah-buahan dalam Monavie yang sememangnya kaya dengan mineral, vitamin dan antioksida. Selain itu, acerola cherries memerangi diabetis sejak dahulu lagi.

Kenyataan bahawa orang asli telah mengamalkan acerola cherri telah disahkan dan diterima ramai, selain dapat menyembuhkan lain-lain penyakit.

Fakta #2: Chokeberri Hitam atau Aronia telah digunakan dengan berkesan untuk melawan menentang penyakit berkaitan dengan jantung dan juga kanser. Tapi adakah Monavie dapat membantu pesakit diabetis? Jawapannya, ya ia dapat membantu. Aronia dan khasiatnya telah telah lama digunakan sebagai makanan anti-diabetis.

Fakta #3: Bilberri, saudara terdekat kepada blueberri sememangnya terkenal kerana keberkesanannya dalam menguatkan kapilari mata. Juga, bilberi digunakan untuk melambatkan proses penuaan, rabun malam, dan yang paling utama - ia memperlahankan kesan diabetis kepada mata.

Fakta #4: Blueberri pula bertindak sebagai antioksida yang hebat, dan  banyak menyumbang kepada kesihatan umum kita agar kita kelihatan segak, sihat dan muda. Juga, blueberri telah lama digunakan sebagai makanan anti-diabetis.

Fakta #5: Promegranate, salah satu intipati yang terdapat dalam Monavie; yang sememangnya tinggi kadar anti-oksidanya selain dari wain merah, jus oren, teh hijau dan jus cranberri.

Promegranate secara umumnya sangat berkesan untuk membersihkan plak dari dinding arteri dalaman dan kajian terkini meunjukkan bahawa ia telah lama digunakan untuk mengawal diabetis.

Fakta #6: Buah Prun sememangnya tinggi dari kandungan mineral, phenols, dan tertinggi dari kajian ORAC. Proses pengeringannya telah mengakibatkan kandungan antioksida di dalamnya meningkat 6 kali ganda. Kajian juga menunjukkan bahawa prun boleh digunakan untuk merawat penyakit berkaitan dengan penuaan dan juga merawat diabetis.

Fakta #7: Wolfberi juga dikenali sebagai "herba ketahanan", ia mengandungi kombinasi yang berkesan - polisakrida dan antioksida yang sememangnya boleh meningkatkan ketahanan sistem imunisasi kita.

Antara masalah kesihatan yang boleh dirawat dengan wolfberi adalah diabetis.

Maka, nampaknya kita sudah dapat pemenang antara diabetis dan Monavie, tapi kita masih belum selesai. Mungkin anda masih belum pasti bahawa pesakit diabetis boleh minum Monavie dan berasa lebih baik. Mungkin juga semua yang telah dinyatakan ini, belum cukup untuk meyakinkan anda. Oleh itu, kita selidik lebih dalam lagi.

Fakta #8: Kandungan Glycemic dalam Monavie adalah serendah 4 gram dan 2 carb per 1 oz, maka Monavie tidak akan meningkatkan kadar gula dalam badan pesakit diabetis. Oleh itu, Monavie adalah selamat untuk pesakit diabetis.

Fakta #9:
Soalan: Pesakit diabetis sesuai untuk mengambil Monavie Active?

Jawapan: Secara teknikal, glucosamine adalah karbohidrat. Ianya tidak boleh ditukar kepada glukosa di dalam badan; maka ianya tidak akan menghasilkan penambahan dalam sumber glukosa. Sekiranya anda pesakit diabetis, rujuk terlebih dahulu dengan doktor anda dan kerap lakukan pemeriksaan kadar gula dalam darah. Banyak faktor yang menyumbang kepada turun dan naik kadar gula bagi pesakit diabetis. Kajian menunjukkan bahawa glycosamine tidak memberi kesan kepada kesensitifan insulin dalam tubuh manusia (Pouwels 2001)

Fakta #10:

Soalan: Adakah produk Monarch selamat untuk Diabetis Type 1?

Jawapan: Jarang sekali untuk pesakit Diabetis Type I yang mengalami obesiti, dan dalam kes ini, adalah seringkali Diabetis Type I tersalah diagnos dan sebenarnya ia adalah Diabetis Type II. Seperti yang dinasihatkan sebelum ini, jalani pemeriksaan dengan doktor anda dengan kerap. Dengan diabetis, sememangnya dinasihatkan untuk memeriksa kadar gula dalam darah dengan kerap terutamanya selepas sebarang perubahan dalam diet anda.

Dan disertakan di sini adalah testimoni pesakit diabetis dan Monavie:

Saya berumur 27 tahun, dan bekerja di Bounty Hunter di Chicago selama 8 tahun. Dalam 4 tahun lepas, saya mengalami kebas di kaki saya. Untuk berjalan sememangnya sukar bagi saya, kerana rasa kebas ini menyebabkan saya hilang keseimbangan ketika berjalan. Doktor memberitahu saya bahawa saya menghidap Diabetis Type II dan telah mengalaminya sejak 5-6 tahun lalu. Lalu, saya mencuba 'Acai Active Blend' pada Januari 8, 2005 dan pada Mac tahun yang sama, saya telah dapat merasa semula kaki saya.Berjalan menjadi normal kembali dan mudah, dan lutut saya sudah tidak sakit lagi.

Saya minum sekurang-kurangnya 3 auns setiap hari. Saya juga memberikan anak perempuan saya yang berumur 5 tahun, 2 auns 'Acai Original Blend' setiap hari. Selepas 6-8 minggu, saya mula nampak yang dia semakin tenang dan rileks. Dia semakin berubah dari keadaan dia sebelum minum jus ini. Guru di sekolahnya juga nampak perubahan pada anak saya ini dan kebanyakan kerjanya siap pada masa yang ditetapkan, tahap perhatiannya meningkat dan tidak agresif ketika bermain. Produk ini telah membawa perubahan drastik pada saya dan keluarga dan saya sangat menghargainya.

~Shaun Lawrence - Colorado

Kesimpulannya, bolehkah pesakit diabetis minum Monavie? Bukti sudah menunjukkannya. Tetapi, sebelum mengambil Monavie untuk merawat Diabetis atau penyakit lain, rujuk kepada doktor yang pakar terlebih dahulu. Setiap kes diabetis adalah berbeza dari satu kepada yang lain. Walaupun Monavie biasanya dapat mengalahkan diabetis, pastikan anda mendapatkan pendapat pakar terlebih dahulu.

 
Arthritis & Monavie

Adakah Monavie boleh memulihkan atau sekurang-kurangnya membantu pesakit arthritis?

Monavie diperakui telah membantu ramai orang di seluruh dunia. Dalam sesetengah kes, mereka telah sembuh sepenuhnya dari penyakit yang dialami sementara yang lain, kesakitan yang dialami berkurangan dan tahap kesihatan mereka telah meningkat. Sebenarnya, tiada istilah minuman kesihatan 'ajaib' dan tiada jawapan mutlak kepada pertanyaan samada Monavie boleh menyembuhkan arthritis atau tidak. Ia boleh memulihkan sesetengah pesakit arthritis manakala sesetengah yang lain, Monavie mungkin tidak berkesan memulihkannya.

Kajian-kajian sedang giat dijalankan sekarang untuk mengkaji samada Monavie dan arthritis mempunyai persamaan (samada Monavie boleh menyembuhkan arthritis). Sebenarnya, ujian sebenar dilakukan terhadap buah yang utama dalam Monavie, Acai. Acai adalah 'super'buah yang hebat dan mempunyai keupayaan untuk memulihkan pelbagai penyakit.

Acai berri yang terkandung di dalam Monavie, telah terbukti dapat menyembuhkan arthritis pada seseorang yang melawan arthritis dari berkembang dalam badannya (ini bermakna acai berri juga dapat mencegah penyakit arthritis dari awal). Terdapat beberapa kes di mana pesakit arthritis telah berjaya pulih sepenuhnya.

Di bawah adalah sebahagian testimoni pesakit arthritis yang mengambil Monavie:

Arthritis semenjak kecil

"Saya telah didiagnoskan mengalami arthritis sejak 45 tahun yang lalu...seringkali sakit-sakit pada sendi dan telah menjalani penukaran tulang pinggang. Sekarang ia melarat kepada kaki saya, buku lali dan lutut saya. Terlalu sakit untuk membuat sebarang aktiviti fizikal dan hanya boleh berjalan sedikit dalam 20 tahun ini dan terpaksa memakai seluar yang panjang untuk menyembunyikan penyakit saya ini. Saya mulai minum Acai Berry pada tengahari hari Rabu yang lalu dan dalam 2 jam selepas itu, kecutan di kaki saya telah hilang. Pada hari jumaat selepas itu, saya telah boleh berjalan tanpa rasa sakit!. Saya benar-benar terkejut dan kagum. Sejak Rabu yang lalu, saya tidak ambil sebarang ubat langsung. Pengalaman seminggu ini memang membuatkan saya kagum dan ajaib bagi saya. Seingat saya, saya tidak pernah mengalami perasaan seperti ini seumur hidup saya. Akhirnya, hidup saya kembali ceria".

~Margaret Butler, New Zealand

Monavie dan Arthritis

Arthritis sejak kecil

"Anak saya, Micheal berumur 12 tahun. Sejak kecil selalu sakit dan tidak bertenaga. Tiga tahun lalu, dia didiagnoskan dengan arthritis. Doktor yang terbaik di tempat kami telah memberikan dia Ondanstetron, Methotrexate (pil dan suntikan) dan Apo-Naproxen. Akibatnya, dia mengalami banyak kesan sampingan, namun tiada peningkatan dari situasi yang buruk itu. Dia kelihatan pucat, tidak gembira, dan terpaksa bergantung kepada orang lain untuk bergerak. Dia tidak seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Selepas saya memberi dia minum Acai Berri, dia sudah boleh menguruskan dirinya sendiri. Kembali bertenaga, dan seleranya bertambah. Micheal yang sekarang boleh bermain dengan kawan-kawannya, sesuatu yang dia tidak pernah  lakukan sebelum ini. Dengan ini, saya yakin Micheal boleh membesar dan hidup normal seperti kanak-kanak yang lain".

~Margaret Koralewski
Ibu kepada Micheal Koralewski, B. Columbia dan Alexandra Olga, nenek kepada Micheal Koralewski

Degeneratif Arthritis

"20 tahun yang lalu, saya telah didiagnoskan dengan arthritis degeneratif. Saya sukar bergerak dan berasa sangat sakit. Saya tidak mampu mengangkat stapler, beg tangan saya ataupun segelas air. Selepas bekerja, saya akan menangis dengan kesakitan di pinggang saya. Saya tidak mampu bangun dari kerusi saya. Sakit pinggang saya ini membuatkan saya sukar berjalan dan ini membuatkan saya malu. Sebelum menghabiskan sebotol Acai Active Blend, kesakitan saya di sendi-sendi ini telah hilang sepenuhnya".

~Patricia Atcheson, Virginia

Maka, setelah anda melihat pesakit-pesakit arthiritis yang mengamalkan Monavie ini, anda harus berasa yakin bahawa Monavie mampu menyembuhkan arthritis dan membantu kesihatan tubuh kita

Detoksifikasi dan Monavie
 
Adakah Monavie berfungsi sebagai Detox?
Ya. Monavie adalah agen Detox yang hebat.Detoksifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksid yang terkumpul di dalam tubuh badan terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.
Mengapa Perlu Detoksifikasi?
Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksidKeadaan menjadi semakin serius apabila toksid ini tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya (40 jenis nutrien).
Kehadiran toksid inilah yang menyebabkan gejala seperti:
·         mudah letih
·         mengantuk
·         sembelit
·         darah tinggi
·         gula dalam darah
·         serangan jantung
·         sakit-sakit sendi
·         kegemuruhan
·         kebimbangan
·         cepat marah
·         kegagalan buah pinggang
PUNCA KERACUNAN
1. Faktor pemakanan
Makanan siap-proses (segera) dipenuhi dengan kimia merbahaya seperti bahan awet, pewarna, perasa tiruan dll. 
2. Faktor pencemaran
Udara beracun akibat pencemaran asap daripada kilang-kilang, kenderaan, sementara air dicemari melalui pembuangan sisa toksid dan sebagainya.
3. Hasil pertanian yang beracun
Penggunaan racun rumpai, racun serangga dan baja kimia.
4. Gaya hidup
·         diet yang tidak seimbang dan teratur
·         merokok, minum minuman keras     
·         pengambilan ubat yang mengandungi dadah
·         tidak beriadah
KESAN KERACUNAN
·         sistem imunisasi merosot
·         bertambahnya penyakit pada usia muda
·         kadar kesuburan yang rendah dengan kerosakan sperma
·         kemerosotan IQ dan berlakunya tekanan mental
·         penyakit yang ada tidak upaya disembuhkan
PROGRAM DETOKSIFIKASI
Program ini bertujuan untuk memantapkan kesihatan dengan permbersihan tubuh daripada toksid disamping menyediakan zat makanan yang diperlukan melalui pengambilan herba ubatan. Bila sesuatu sel dipenuhi dengan toksid, ia akan menjadi lemah dan tidak berupaya mengeluarkan toksid dan bahan buangan. Oleh itu proses pembersihan ini akan meningkatkan keupayaan tersebut.
1. Detoksifikasi Hati
Hati merupakan organ terbesar pada tubuh dan sudah tentu ia mempunyai banyak fungsi penting untuk kesihatan badan. Setiap fungsi hati saling berkaitan diantara satu sama lain, jika satu fungsinya terganggu, ia akan menjejaskan sistem tubuh yang lain dan kegagalan fungsi hati akan mengakibatkan pelbagai komplikasi atau kesan buruk.
2. Detoksifikasi Kolon (Usus)
Amat penting bagi kita memberi perhatian kepada penjagaan usus. Usus besar yang sihat akan menghapuskan toksid yang terhasil dan dapat dikeluarkan dengan secepat mungkin. Jika tidak dikeluarkan segera, ia akan menyerap ke dalam sistem edaran darah dan seterusnya disimpan di dalam badan. Proses ini dipanggil autointoksikasi.
3. Detoksifikasi Ginjal
Setiap gangguan atau "over-work" pada ginjal akan mengakibatkan ginjal terganggu fungsinya. Salah satunya ialah berlaku peradangan pada glomeruli. Ini menyebabkan aliran darah ke ginjal sebagai alat penyaring sisa toksid yang membahayakan tubuh menurun sehingga 50%. Pembuangan air kecil akan berkurangan sehingga separuh daripada pengeluaran normal.
4. Detoksifikasi Darah
Manusia umumnya mempunyai lebih kurang 5 liter darah, tetapi isipadunya bergantung kepada faktor umur, jantina, bangsa, diet, ketinggian dan berat badan. Darah mengangkut oksigen kepada tisu-tisu badan dan mengangkut keluar bahan buangan.
OMEGA-3 berperanan meningkatkan sistem imuniti tubuh. Ia juga digunakan dengan efektif untuk masalahIrritable Bowel Syndrom (IBS) seperti spastic colon dan mukos colitis termasuklah masalah skencin.OMEGA-3 dan serat secara bersama mewujudkan keadaan baik pada bowel. Ia juga akan meningkatkan fungsi sistem imuniti. 
Kandungan EPA yang terdapat dalam OMEGA-3 akan bertindak ke atas himpunan lemak yang terdapat di saluran arteri. Arteri dibersihkan dan seseorang itu akan terhindar daripada arteriosclorosis dan tidak perlu menjalani pembedahan coronary bypass bagi membaiki sistem peredaran darah. OMEGA-3 juga berperanan untuk mencairkan darah dan dengan itu peredaran darah akan menjadi lebih lancar.
5. Detoksifikasi Sistem Limfotik
Sistem limfotik adalah mekanisme imunisasi yang penting dalam tubuh di mana pembuluh dan nodus limfamembentuk jaringan unik ini. Nodus limfa tersusun secara berkelompok di sekeliling tubuh, termasuk bahagian leher, ketiak dan groin. Tanpa sistem limfa, kita tidak mampu bertahan lama. Sisa buangan dalam tubuh yang tidak dapat disingkirkan akan menimbun dan seterusnya menyebabkan komplikasi dan kematian. 

TANDA-TANDA DETOKSIFIKASI
Tanda-tanda ini menunjukkan keberkesanan jus Monavie melakukan proses detoksifikasi. Ia bukan kesan sampingan tetapi merupakan proses kesembuhan sedang bermula dan jus Monavie sedang melakukan proses penyingkiran toksid. Tanda-tanda ini tidak lama jika kita terus menggunakan jus Monavie dan ingatlah bahawa pengubatan yang tidak dimulai dengan proses detoksifikasi sukar untuk disembuhkan.
·         Sakit kepala terutama di bahagian belakang.
·         Keluar penyakit kulit.
·         Sakit pinggang.
·         Batuk dan berkahak.
·         Demam sedikit.
·         Selsema.
·         Sakit sendi dan kaki.
·         Muntah dan loya.

Kenapa Kita Perlu Meminum Jus Monavie(Acai) Setiap Hari Sebagai Pemakanan Tambahan?

Sebab No.1: Acai Menolong Anda Tidur Lebih Lena

Acai mengandungi nutrisi seperti vitamin B dan yang lain, maka ia boleh mengurangkan tahap tekanan dan meningkatkan komunikasi antara anda dan sel otak anda. Acai boleh membantu tidur anda dengan menambah penghasilan neurotransmitters. Antara neurotransmitters yang diketahui ialah serotonin dan dopamine.

Sebab No.2: Acai Meningkatkan Tenaga Anda

Monavie diamalkan oleh ramai atlit antarabangsa seperti Venus Williams, disebabkan acai mengandungi banyak nutrisi terutamanya 'lipid' yang membantu meningkatkan tenaga dalam badan anda. Oleh itu, Monavie boleh diminum setiap hari untuk meningkatkan tenaga, atau sebelum melakukan aktiviti yang mencabar stamina anda.

Sebab No.3: Acai Menurunkan Kolesterol

Acai mempunyai banyak EFAs atau lebih dikenali sebagai Essential Fatty Acids. Asid-asid ini mengekalkan kolesterol yang baik (atau HDL) dan pada masa yang sama, membantu menurunkan kadar kolesterol yang jahat (LDL). Dengan dwifungsi ini, EFAs tersebut akan melancarkan peredaran darah dalam badan kita.

Sebab No.4: Acai Membantu Anda Kurus

Sekiranya anda berhasrat untuk kurus, Monavie adalah jawapan terbaik untuk impian anda itu. Monavie akan membantu anda menjadi kurus kerana acai menangguhkan rasa lapar dan membantu anda mengawal nafsu makan. Ini kerana acai mengandungi indeks glycemic yang rendah.

Sebab No.5: Acai Menurunkan Tekanan Seharian Anda

Acai banyak membantu menangani tekanan. Ini disebabkan oleh keupayaan acai untuk mengimbangi tahap tekanan dalam badan anda dan memperbaikinya.

Sebab No.6: Acai Meningkatkan Kesihatan Seksual Anda

Acai telah diperakui sejak dulu mengandungi antioksida dan anti-inflammasi yang bertindakbalas dengan mengurangkan kesan pencemaran, tekanan dan serangan radikal bebas terhadap tubuh badan.

Sebab No.7: Acai Memudahkan Kitaran Haid Wanita

Berita baik untuk wanita, terutamanya golongan yang mengalami kesakitan pada setiap kali kitaran haid tiba. Acai kaya dengan kalsium dan ia mengurangkan kesakitan dan kekejangan.

Sebab No.8: Acai Membantu Hilangkan Kedutan

Jus Acai mengandungi fitisterol dan antosianins yang berupaya menjaga kolagen dan yang berkaitan dengannya. Oleh itu, anda akan dapat mencegah dari kedutan-kedutan dari terbentuk pada peringkat awal.

Sebab No.9: Minum Acai Menguatkan Gigi Anda

Kalsium yang terkandung di dalam Acai bukan sahaja baik untuk mengurangkan kekejangan dan ketidakselesaan, ia juga membantu anda menguatkan gigi dan memutihkan gigi anda di samping mengelakkan terjadinya gingivitis juga sakit gusi yang lain.

Sebab No.10: Acai dan Penglihatan Anda

Jus Acai membantu anda meningkatkan penglihatan anda, mengurangkan kompilasi akibat penyakit diabetis. Ini disebabkan acai kaya dengan Vitamin C dan beta karotene.

Sebab No.11: Acai Membantu Tona Kulit Anda

Acai kaya dengan fitosterol, maka dengan minum Monavie ia dapat membantu anda mengurangkan kesan penuaan pada lapisan luar kulit anda dan membantu mencerah tona kulit anda.

Sebab No.12: Acai Mencegah Penuaan

Monavie membantu melambatkan proses penuaan kerana kandungan antioksidanya serta nutrisi lain yang membantu sel-sel untuk berkembang dengan baik. Ini merupakan sebab utama di samping yang lain untuk meminum jus Monavie.

Sebab No.13: Acai Memelihara Saluran Darah

Dengan minum jus Monavie, ia akan memelihara anda dan saluran darah, kapilari, saraf dan arteri anda. Ini disebabkan kandungan antosianins yang terdapat dalam buah acai.

Sebab No.14: Acai Membantu Ketahanan Anda Terhadap Penyakit

Acai kaya dengan nutrisi, maka Monavie membantu daya tahan penyakit dan membantu tubuh badan untuk membina daya tahan melawan penyakit.

Sebab No.15: Acai Meningkatkan Lipid dan Kadar Gula anda.

Acai mengandungi indeks glycemic yang rendah yang dapat meningkatkan lipid dan kadar gula anda.

Sebab No. 16: Acai Menyahkan Toksik-toksik dan membersihkan badan kita.

Acai telah lama digunakan untuk menyahkan toksik dalam tubuh kita.
Terdapat 16 sebab untuk minum Monavie setiap hari dan anda akan melihat kesan dari buah-buahan yang berkesan untuk sesiapa yang meminumnya.

Sebab No.17: Acai Membantu dalam Menyembuhkan Ulser

Disebabkan elemen antibakteria yang ada, acai boleh membunuh fungus, bakteria dan parasit yang akan menyebabkan ulser.

Sebab No.18: Acai Mengurangkan Risiko diserang Alzheimer's

Menurut kajian yang dibuat pada 2004 yang ditemui dalam Arkib Neurologi, pesakit yang meminum acai akan mengurangkan kadar diserang Alzheimer disebabkan Acai yang mempunyai banyak Vitamin E dan C.

Sebab No.19: Acai Membantu Melawan Osteoprosis

Disebabkan acai meningkatkan amaun Kalsium, osteoporosis akan jauh dari menghinggapi anda.

Sebab No.20: Acai Memerangi BPH (Pembesaran Kelenjar Prostat)

Acai merupakan musuh utama kepada BPH.

Sebab No.21: Acai Membantu Penyakit Berkaitan Retina Mata (Twart Retinopathy)
Untuk pesakit diabetis, acai dapat membantu kapilari darah yang akan menjadi retinopathy. Retinopathy ini boleh   menyebabkan buta.

Sebab No.22: Acai Sterol Membantu Menurunkan Tekanan Darah Anda
Sterol-sterol ini membantu banyak perkara kepada tubuh badan anda. Sterol adalah komponen dalam membran sel tumbuhan. Ia digunakan dalam rawatan yang berkaitan dengan tekanan darah.

Sebab No.23: Acai Melegakan Simptom-simptom Asma
Acai boleh melegakan asma kerana ia kaya dengan Vitamin C yang merupakan antioksida yang hebat. Vitamin C juga adalah anti-inflammasi yang dapat melegakan simptom-simptom asma.

Sebab No.25: Acai Menolong Legakan Simpom-simptom Penyakit Crohn
Disebabkan Acai mengandungi anti-inflammasi yang hebat, ia dapat menghentikan ketidakfungsian nutrisi dalam badan. Dengan ini, acai mencegah kerosakan pada sistem penghadaman.

Sebab No.26: Acai Melegakan Kesakitan dari Arthritis
Sekali lagi, anti-inflammasi dalam acai dapat menolong meringankan kesakitan disebabkan oleh arthritis.

Sebab No.27: Acai Mencegah Kerosakan Sistem Daya Tahan Badan
Pengoksidaan yang disebabkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama kepada kelemahan imunisasi. Acai membantu meningkatkan imunisasi badan.

Sebab No.28: Acai Bertindak Sebagai Agen Pengecut (Astringent)
Astringen adalah bahan yang mengecut, melepas dan mengikat tisu-tisu dalam badan seperti kulit kita. Ia berfungsi untuk menutup luka kecil dan memberi kulit kita rasa yang segar.

Sebab No.29: Acai Memerangi Kanser
Acai mencegah dan merendahkan risiko kanser. Acai mencegah kanser kulit, payudara, paru-paru dan perut dengan meneutralkan radikal bebas sebelum ia merosakkan sel-sel badan.

Sebab No.30: Acai Melawan Asid Refluks
Disebabkan kandungan antioksidanya, Acai melawan dan memelihara esofagus kita dari kerosakan oleh Penyakit Asid Refluks (GERD). Acai mengurangkan asid dalam perut semasa refluks berlaku. Ini disebabkan acai mengandungi kesan pengurangan asid.

Sebab No.31: Acai Menguatkan Badan
Acai mengandungi lebih protein dari telur yang biasa, ia boleh menguatkan tubuh badan.

Sebab No.32: Acai Meningkatkan Simulasi Otot
Acai mempunyai campuran mineral dan asid amino yang membolehkan ia membantu pergerakan otot dan pemulihannya selepas aktitviti yang memenatkan.

Sebab No.33: Acai Meningkatkan Fungsi Sel Imun
Mengikut kajian dalam International Journal of Sports Medicine, Acai meningkatkan fungsi sel imun dengan menggerakkan lymphocytes (sel darah putih) dan mencegah pengurangan imun. Ini disebabkan oleh beta-sitosterol dalam acai.

Sebab No.34: Acai Bertindak Sebagai Anti-Mutanisasi
Acai menolong mencegah kerosakan pada struktur DNA dan mengurangkan risiko yang disebabkan oleh mutanisasi.

Sebab No.35: Acai Melawan Virus
Acai mengurangkan penyakit berjangkit disebabkan virus, bakteria dan fungus.

Sebab No.36: Acai Meningkatkan Penghadaman
Serat dalam acai menolong usus dan penghadaman kita.

Sebab No.37: Acai Memberi Kesihatan Mental
Acai meningkatkan kecerdasan dan fungsi mental dengan membekalkan Omega-3 kepada minda.

Sebab No.38: Acai Meningkatkan Kesihatan Secara Menyeluruh
Dengan antioksida dalam acai, ia membantu membina dan memulih tubuh badan kita.

Sebab No.39: Acai Membantu Sinergi dalam Badan
Acai membantu meningkatkan pelindungan dalam tubuh.